23 May 2013

Sila Failkan Petisyen Dan Bantahan SEKARANG

| |
1 comments
Mulai hari ini pembangkang mempunyai masa sehingga 21 hari untuk menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi. Sebarang petisyen atau bantahan akan diselesaikan dalam masa 6 bulan di mahkamah. Jika mahkamah menentukan bahawa wujud keraguan dalam proses pilihanraya yang lalu, maka pilihanraya yang baru akan diadakan. Oleh itu ini merupakan satu peluang yang terbaik terutamanya bagi pihak yang kalah dalam pilihanraya yang lepas untuk membuktikan 'kehebatan' mereka di 'gelanggang' yang sah baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Jadi gunakan ruang yang telah disediakan dengan mengambil tindakan sewajarnya iaitu melalui saluran undang-undang dengan memfailkan petisyen di mahkamah. Mana-mana pihak yang gagal berbuat demikian, namun sebaliknya terus menyalahkan SPR atau kerajaan maka bersaksilah bahawa mereka inilah sebenarnya adalah PENGKHIANAT NEGARA. Adakah kita masih mahu menyokong mereka?

Harith tujukan kepada blogger-blogger sekelian yang berterusan mencemuh SPR dan kerajaan sedia ada. Buktikan bahawa anda berada di pihak yang benar. Failkan petisyen sekarang (pihak yang bertanding). Jika tidak ANDALAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA.

Kenyataan berulang...HARITH NEUTRAL DALAM POLITIK.
Read More

SPR Warta Keputusan PRU13 Hari Ini

| |
5 comments
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai esok.
Dalam satu kenyataan di ibu negara, beliau berkata petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.

-Bernama 


Komen Harith:
Alhamdulillah,SPR hari ini telah mewartakan keputusan rasmi Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu, dan sebarang bantahan bolehlah difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing esok (hari ini)

Bagi Harith inilah masanya mana-mana parti politik yang tidak berpuas hati boleh mengambil tindakan dengan memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi mengikut negeri yang ditandingi. Inilah masanya mereka membuktikan sebarang kepincangan dan kebusukan (seperti yang mereka katakan) yang terjadi ketika berlangsungnya pilihanraya lalu. Inilah saluran yang betul dan sewajarnya yang sepatutnya diambil oleh mereka (pembangkang dan bloggers) iaitu melalui saluran undang-undang (yang mana mereka sendiri yang luluskan dan mereka sendiri juga nafikan).

Bukan dengan mengadakan perhimpunan haram dan tidak sah serta mengheret rakyat yang kurang arif perkara berkaitan undang-undang untuk turut serta dalam 'keinginan dan cita-cita' kita. Anehnya apabila bercakap tentang undang-undang yang kita sendiri gubal dan luluskan, dalam pada masa yang sama juga kita (sendiri) telah melanggarnya dengan sengaja dan berterusan menafikan undang-undang yang sedia ada padahal kita sendiri yang telah meluluskannya (tidak lama dulu). Agak pelik bagi Harith orang yang sedemikian.



Cuba perhatikan komen-komen yang Harith sempat 'copy paste' dari sebuah laman blog. Adakah begini ciri-ciri seorang rakyat yang bertanggungjawab atau cintakan negara yang aman damai ini? Seperti yang pernah Harith katakan dulu, jika ada perkara yang tidak puas hati, mana-mana rakyat dalam negara ini boleh melaporkannya kepada pihak berwajib, dan gunakan saluran yang betul, bukannya dengan mengeluarkan komen-komen yang tidak sepatutnya seperti di atas.

Seorang yang memberi komen sepatutnya memberi komen atau pandangan berdasarkan fakta-fakta yang sepatutnya dan jelas akan kebenarannya atau dengan menyertakan sekali cadangan untuk penambahbaikan. Komen dan pandangan wajiblah dengan fakta bukan dengan emosi. Itulah komen yang terbaik, bukan hanya sekadar komen, komen dan komen dan tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya mungkin kita yang menjadi puncanya kepada perpecahan dan perbalahan sesama sendiri tanpa kita sedari.

Jadi dengan pewartaan keputusan pilihanraya yang lepas (pada hari ini) ambillah peluang tersebut dengan sewajarnya dengan memfailkan petisyen bantahan di Mahkamah Tinggi. Bercakap dengan nada kutukan atau menghina di laman-laman sosial seperti blog atau fb dan dengan mengadakan perhimpunan haram tidak memberi makna apa-apa. Anda hanya membuang masa (dengan tindakan tersebut) namun sebaliknya masalah tersebut mungkin adalah berpunca dari anda sendiri, bukannya orang lain. Nasihat percuma Harith, hubungilah peguam anda untuk failkan petisyen esok. Atau hubungi saja Harith kalau dah malas sangat. Janganlah buang masa lagi dengan bercakap kosong di laman sosial. Buktikan segala kepincangan yang ada di Mahkamah Tinggi.

Itu pun kalau anda benar-benar pendokong kepada undang-undang.......

atau anda benar-benar seorang LELAKI SEJATI.......
Read More

22 May 2013

Sujud Syukur

| |
10 comments

Tips Sujud Syukur

Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka/bala bencana.

Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud (sekali sahaja)
  • Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).

Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh. Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau pencapaian sendiri.

Nota tambahan:



  • 1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam. 
  • 2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
  • 3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud. 
  •  
    Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219). 
     

    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik. Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

    Sumber: Dr Wahbah Zuhaily


    Cara Sujud Syukur : Ceramah Oleh Ustaz Azhar Idrus

    Read More

    11 Things About Me

    | |
    8 comments
    Kena tag dengan Alyn Amalyn, terpaksa lah pakcik jawab jugak...hehe :p . Tapi sebelum tu kita kena follow peraturan-peraturannya:


    Few rules need to be followed :
    1 . Post this rules .
    2 . Write 11 thing about yourself .
    3 . Answers the questions the tagger set for you .
    4 . Create 11 new questions for those you want to tag .
    5 . Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post .
    6 . You are not allowed to tag back 


    11 things about me
    1.Seorang yang serius
    2.Seorang yang sukar untuk senyum dan suka bersendiri
    3.Seorang yang berat tangan untuk bersalam kecuali orang yang disalam memandang wajah ketika bersalam
    4.Seorang yang ego disebabkan peristiwa lalu, jadi Harith sukar dan tak mudah untuk menyayangi seorang wanita kecuali jika dibuktikan (dengan cara yang betul)
    5.Seorang yang begitu meminati aktiviti lasak, gaming dan seni beladiri. Kalau ada yang sanggup untuk belajar silat sila hubungi Harith. Harith akan mengajar secara PERCUMA sahaja. Tiada kos tersembunyi.
    6.Seorang yang penakut kerana gayat, takutkan kilat dan petir dan tidak pandai berenang. Menyelam je yang boleh pun.
    7.Seorang yang selalu bermimpikan perkara-perkara yang aneh dan benar dan yang akan berlalu.
    8.Seorang yang suka berfikiran negatif dahulu sebelum positif disebabkan selalu diperdaya oleh WANITA (atau orang lain) terutama sekali dalam urusan pembayaran fee & yuran guaman. Mungkin terlalu baik, agaknya jadi ramai yang mengambil kesempatan.
    9.Seorang yang tak boleh lari dari warna merah, dari dulu sampai sekarang. Ada sesiapa yang boleh tolong?
    10.Seorang yang sukakan teh tarik atau teh halia, gemarkan berbagai jenis kopi dan coklat. Tetapi tetap sempoi dalam bab makanan. Apa sahaja kecuali sayur. Pelahap dalam bab daging kambing dan susu kambing.
    11.Seorang yang MEMBOSANKAN...agaknyalah...mmmmmmmm :/


    11 new question by Alyn Amalyn
    1. Berapa umur anda sekarang?
    Jawapan: 37
    2. Cita-cita anda dalam blogging
    Jawapan: tiada
    3. Sejak bila anda blogging dan kenapa
    Jawapan: sejak tahun 2007 tetapi suam-suam kuku...kenapa?errr tak tau kenapa mungkin sebab bosan kot?
    4. Aktiviti kesukaan selain blogging
    Jawapan: aktiviti lasak...kesemua jenis aktiviti
    5. Negeri kelahiran anda
    Jawapan: Perlis
    6. Anda seorang yang* sila buat satu ayat??
    Jawapan: kadang kalanya mudah putus harapan
    7. Siapa idola anda
    Jawapan: tiada
    8. Apa pendapat kalian mengenai blog alyn * kritik dan saranan diterima
    Jawapan: errr, baru kenal
    9. Satu quotes/mutiara kata kegemaran anda
    Jawapan: its ok to smile, just for u
    10. Korang suka dengar kuliah UAI tak,? suka atau tidak sila jelaskan?
    Jawapan: pernah dengar dan suka dengar tetapi jawapan yang dia selalu berikan adakalanya terlalu ringkas.
    11. Siapa orang yang paling kalian sayang?
    Jawapan: diri sendiri, wang ringgit dan harta benda

    11 new question by Harith
    1.Apakah nama sebenar anda?
    2.Adakah anda sudah berkahwin atau bertunang?
    3.Apakah pekerjaan anda, dan di mana?
    4.Berapakah berat anda?
    5.Berapakah tinggi anda?
    6.Apakah ciri-ciri lelaki atau wanita idaman anda?
    7.Apakah ciri-ciri peribadi anda yang perlu pasangan anda tahu?
    8.Adakah anda faham maksud setiap bacaan dalam solat/sembahyang anda?
    9.Jika anda dan pasangan anda menghadapi masalah dalam perhubungan, apakah jalan penyelesaian terbaik yang anda boleh fikirkan?
    10.Jika anda lelaki, adakah anda akan mencari wanita lain selain dari pasangan anda sekarang? Dan jika anda perempuan adakah anda akan menerima kembali pasangan anda?
    11.Jika anda lelaki, adakah anda berkeinginan untuk berpoligami? Dan jika anda perempuan adakah anda sanggup untuk berpoligami?
      
     
      


    Macam Alyn Amalyn jugak, penat menaip panjang-panjang ni...penat menjawab je..hehe :p lepas tu ambil pon blog-blog yang kat bawah-bawah jer...kira nasib la siapa yang kena :) . Tengok jawapan yang Harith bagi pun errr macam tak best jer kan? hehe
    Read More

    21 May 2013

    Mengenal Kelemahan Lelaki

    | |
    8 comments
     


    Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

    Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

    Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

    Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

    Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

    Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

    Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

    Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

    Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

    Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

    Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.
     
    Sumber: Dr.HM. Tuah Iskandar






    p/s: ni yang lemah ni...hehe :p
    Read More

    MEGHALA Itu Sangat Indah...

    | |
    10 comments






    Di atas adalah antara gambar-gambar jambatan gantung yang dibina secara semulajadi oleh penduduk tempatan sejak lama dulu. Bermula dengan akar pohon Ara yang kecil seterusnya dianyam sehingga ia membesar membentuk 2 atau 3 jambatan yang menghubungkan lembah-lembah yang paling basah di dunia. Bukan setahun dua, malahan berkurun lamanya untuk ia membesar dan kukuh dengan sebegitu rupa, disamping penjagaan secara tradisi turun temurun dari seorang ayah kepada seorang anak dan seterusnya kepada cucu dan cicit demi membentuk sebuah jambatan yang sebegitu indah. Bukan dengan usaha yang sedikit, dan pastinya ia memerlukan kegigihan yang berterusan sehingga mampu untuk mengatasi halangan masa dan seterusnya membentuk jambatan yang bermanfaat dari satu generasi ke generasi seterusnya.

    Cantik tak? Cantik kan kan kan?...Harith tengok tadi di humanplanet.com. Macam nak pergi tengok sendiri je. Memang sebuah tempat yang indah dan nyaman. Sangat sesuai dengan jiwa Harith.

    MMM...terfikir sejenak...

    Bayangkan jika seorang anak mengambil sikap sambil lewa ajaran dan peringatan ayahnya dengan mengabaikan penjagaan pokok tersebut, seterusnya sikap sambil lewa itu diwarisi pula kepada anaknya dan seterusnya kepada cucunya pula. Adakah jambatan tersebut masih mampu bertahan? Agaknya sampai bila? Hanya masa sahaja yang boleh menjawabnya. Kerana pokok juga seperti manusia...akan merasai rasanya MATI.

    Begitu juga dengan pembinaan sebuah negara, sebuah bangsa atau sebuah perpaduan. Adakah kita mahu mewarisi sebuah negara yang kacau bilau kepada anak cucu kita? Adakah kita mahu dikenang pada satu hari nanti sebagai Bapa kepada segala kehancuran perpaduan sebuah negara dan bangsa? Adakah kita mahu dikenang sebagai Penghancur, Perosak, Pengkhianat dan sebagainya yang mana akan tercatit dalam buku teks sekolah anak cucu kita nanti bahawa kitalah si penghancur perosak pengkhianat tersebut. Tanpa kita sedari kita juga sebenarnya telah pun mewariskan dosa-dosa silam kita untuk mereka pikul tanpa kerelaan mereka sampai bila-bila.







    Read More

    19 May 2013

    Guna Saluran Betul Jika Tidak Puas Hati - Lam Thye

    | |
    9 comments
    KUANTAN 19 Mei - Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan perkara tersebut dan tidak mengheret isu tersebut ke jalanan atau mengadakan perhimpunan haram yang akhirnya menggugat ketenteraman awam.

    Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, orang ramai mempunyai saluran yang sah seperti meminta bantuan wakil rakyat untuk membawa sebarang isu berkenaan ke peringkat Parlimen. - BERNAMA

    Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
    Komen Harith:
    Semalam satu lagi perhimpunan yang jelas melanggar peruntukan undang-undang telah diadakan oleh parti pembangkang di Padang Kota Lama, Pulau Pinang selepas perhimpunan pertama di Kelana Jaya.  Kenapa mesti mengadakan perhimpunan haram yang jelas melanggar undang-undang selepas kekalahan dalam pilihanraya yang lalu?
    Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu. Pendedahan ini (Malaysia Spring) boleh dianggap sebagai sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.
    Kenapa mesti mengadakan perhimpunan haram sedangkan kita mempunyai saluran yang betul untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara? Kenapa tidak menggunakan saluran undang-undang untuk pembuktian kesalahan tatalaku, penipuan dan kepincangan semasa pilihanraya yang lepas? Setakat hari ini tiada lagi bukti yang benar-benar sahih seperti yang didakwa. Yang ada hanya video yang tidak sahih dan boleh diragui kebenarannya. Seperti mana mereka menolak bulat-bulat kebenaran video-video salahlaku Anwar dan Azmin dengan mengatakan ia adalah penipuan, anehnya mereka juga menggunakan cara yang sama tetapi dengan paksaan untuk rakyat menerima kesahihan rakaman video tersebut dengan mengatakan 'Nah, inilah buktinya BN menipu rakyat' . Belum diambil kira lagi tindakan merampas kad pengenalan orang ramai tanpa kebenaran. Adakah kita tahu bahawa tidak ada mana-mana individu boleh mengambil, menyimpan, merampas atau memiliki kad pengenalan orang lain. Peruntukan undang-undang jelas, sila semak kalau tak berpuas hati, tetapi kenapa kita masih dan mesti melakukannya?

    Ingatlah...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

    Sebagai seorang yang neutral dalam hal politik Harith menyarankan dan mencadangkan bahawa mana-mana individu atau blogger yang tidak puas hati yang mengecam kebusukan pilihanraya yang lalu dengan menyiarkan laporan-laporan 'bervideo' (sebagai bukti) agar segera membuat laporan polis dengan menyertakan sekali  bukti-bukti seperti yang telah mereka siarkan di laman blog mereka. Sila hadir ke balai polis yang berdekatan dengan beraninya...berani sebagai seorang rakyat yang bebas untuk bersuara. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jangan hanya berani di laman sosial sahaja.

    Kemudian lantiklah peguam untuk menyuarakan rasa tidak puas hati itu melalui saluran undang-undang (betul) untuk 'menepis' keputusan pilihanraya yang lalu selepas ianya diwartakan. Adakah anda tahu bahawa keputusan pilihanraya yang lalu perlu diwartakan? Entah-entah langsung tak tahu, tetapi sibuk dengan perhimpunan yang jelas melanggar undang-undang dan menyebarkan berita itu ini begitu begini yang belum pasti akan kebenarannya. Kalau susah-susah sangat lantiklah firma guaman Harith untuk melawan keputusan pilihanraya yang lepas. Jumpa saja dimahkamah beserta dengan bukti-bukti yang ada. Kenapa mesti mengheret dan mengpergunakan rakyat? Kenapa mesti menyalak dan menguak tak tentu pasal sedangkan kita sendiri telah dengan sengaja melanggar peruntukan undang-undang negara yang kita dukung?

    Jangan hancurkan Agama, Bangsa dan Negara yang Tercinta ini demi sebuah angan-angan yang Tidak Pasti.

    Read More

    18 May 2013

    Kelengkapan Mendaki Gunung

    | |
    12 comments

    Harith memang meminati aktiviti mendaki, baik bukit atau gunung. Selalunya kalau dulu-dulu memang tak bawa banyak kelengkapan dan kalau bawa pun semuanya seba besar 'gedabak' macam pikul satu rumah. Memang mati kalau macam tu. Ehe :)

    Sekarang zaman pun dah moden. Khemah pun dah berbagai jenis. Selain tahan lama khemah sekarang pun ringan-ringan pulak tu. Tapi harga memang tak boleh nak cakaplah. Tapi itu biasa sebab kalau kita mahu yang terbaik tentulah ianya terpaksa dibayar dengan harga yang mahal dan setimpal dengan apa yang kita mahu. Betul tak

    Di bawah ini merupakan senarai kelengkapan dan barangan yang perlu untuk setiap aktiviti mendaki. Pastikan ianya disusun dengan sebaik mungkin dalam beg mendaki. Pilih beg yang sesuai dengan ketinggian, jangan pilih yang cantik dan mahal jer tau...ingat tu. Selamat mendaki :)

    Kelengkapan yang perlu dibawa:-

    -beg hiking -50 liter ke atas (wanita)
    -65 liter ke ats (lelaki)
    -kasut hiking
    -sandle atau kasut spare
    -pakaian hiking (dryfit)
    -head lamp
    -bateri headlamp bawak lebih
    -ubat-ubatan peribadi.....kalo ada first aid lagi bagus
    -peralatan mandi
    -carrymate
    -sleping beg
    -sweeter
    -pinggan/cawan/sudu
    -wisel
    -plastik sampah bawak lebih....ada guna bile cuaca sejuk nanti
    -pisau kecil untuk wanita
    -lighter
    -parang untuk lelaki
    -makanan ringan bawak lebih...(coklat..power bar..power gel..cekedis...........)
    -pakaian kering @pakaian tido (pastikan balut jangan kena hujan)
    -camera ...jangan lupa cas bateri full
    -bateri spare telefon
    -tongkat (jika perlu)
    -guard lutut (bawa jika perlu)
    -rokok secukup cukup nya
    -stoking bawak lebih
    -tali atau getah-
    -mercun bola
    -lilin askar
    -payung

    *sekiranya ada barang atau kelengkapan yang rasa tidak perlu dibawa...tak perlulah dibawa...ini semua ada lah untuk keselesaan dan keselamatan sepanjang anda mendaki sahaja...pemilihan barang yang perlu dibawa amat penting untuk setiap aktiviti mendaki dan mungkin berbeza untuk setiap individu dan setiap trip bergantung kepada jenis aktiviti gunung termasuk masa/tempoh.

    Terima kasih daun keladi.
    Read More

    Dakwah Bagai Mendaki Gunung

    | |
    0 comments

    Dakwah ibarat mendaki gunung
    Tinggi puncaknya, luas kakinya
    (Tinggi cita-citanya, kuat asasnya)
    Dakwah ibarat mendaki gunung
    Kita tahu ada puncaknya
    Tetapi semasa mendaki, manalah nampak
    Yang penting kita terus mendaki
    (Kita tahu kejayaan Islam bakal menjelang)
    (Tetapi manalah tahu bila masanya)
    (Yang penting, kita terus beramal)
    Dakwah ibarat mendaki gunung
    Terasa gah tatkala puncak ditawan
    Tetapi sukarnya untuk didaki, hanya Allah yang tahu
    (Terasa seronok jika Islam dapat menang)
    (Tetapi sukarnya nak capai kemenangan, hanya Allah yang tahu)

    Dakwah ibarat mendaki gunung
    Penunjuk jalan sudah jauh di hadapan
    Kitakah harus mengejar langkah mereka
    Kerana mereka tidak akan menunggu kita
    (Para Rasul dan sahabat sudah memberikan teladan)
    (Kita yang harus mengikut jejak langkah mereka)
    (Dakwah cara mereka, bukan cara kita yang lembab dan slow!)
    Dakwah ibarat mendaki gunung
    Terjumpa rintangan, ada banyak lagi jalan
    Pantang berundur, sebelum sampai ke puncak
    Bekalan perlu dibawa, tetapi hendaklah dikurangkan supaya ringan
    (Dunia hanyalah alat, jangan pula mengejar dunia)
    Dakwah ibarat mendaki gunung
    Hanya yang nekad dan tekad akan sampai ke puncak
    Yang gagal bertahan, bukan sahaja akan terkandas
    Malah akan berguling semula jatuh ke bawah…

    sumber: muharikah.com
    Read More

    17 May 2013

    Amalan Di Bulan Rejab

    | |
    5 comments

    HARI ini kita telah memasuki bulan Rejab. Tidak lama lain Syaaban akan menjelang lalu Ramadan menyusul.
    Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya."

    Itu kerana bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat daripada Allah SWT. Setiap Muslim merasakan keindahan dan kedekatan dengan-Nya. Pada bulan itu, setiap ibadah diberi ganjaran berkali-kali ganda. Belum lagi malam Lailatulqadar yang menjadi harapan setiap orang yang mencintai negeri akhirat.

    Kesempurnaan Ramadan mustahil diraih tanpa persiapan. Dan persiapan itu bukan bermula apabila Ramadan bermula. Persiapan Ramadan mesti bermula sejak beberapa bulan sebelumnya. Rejab bulan yang sangat baik untuk kita memulai persiapan itu.

    Bulan haram
    Apa lagi sebenarnya Rejab memiliki kelebihan tertentu berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi Allah SWT.

    Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. Di antara bulan-bulan itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (al-Bukhari dan Muslim)

    Sejak masa jahiliah, keempat-empat bulan haram ini sangat dihormati. Ia adalah bulan-bulan bertenang untuk meraikan para jemaah haji dan umrah. Peperangan dan pergaduhan diharamkan pada bulan-bulan tersebut.
    Dalam Islam hukum ini memang dimansuhkan. Apabila diperlukan, umat Islam dibenarkan berperang pada bulan-bulan tersebut itu. Namun begitu, keempat-keempat bulan itu tetap memiliki kelebihan tersendiri dengan dilebihkan ganjaran pahala dan dosa padanya.

    Berkata Ibnu Abbas: "Allah mengkhaskan beberapa bulan untuk dijadikan bulan haram dan mengagungkan kadarnya. Dosa maksiat yang dilakukan padanya sangat besar. Sebagaimana pahala ibadah yang dilakukan padanya juga sangat besar." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

    Amalan
    Tiada amalan khas yang mesti dilakukan pada bulan Rejab. Kita hanya diperintahkan untuk memperbanyak ibadah apa yang kita mampu lakukan.

    Siapa yang mampu memperbanyak solat sunat dipersilakan. Namun begitu hindari daripada melakukan solat Raghaib yang selalu dilakukan pada Jumaat pertama bulan Rejab. Berkata Ibnu Rajab al-Hanbali: "Hadis-hadis yang menceritakan fadilat solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah palsu. Solat ini bidaah menurut kebanyakan ulama."

    Siapa yang hendak memperbanyak puasa sunat, juga digalakkan. Usman bin Hakim al-Ansari pernah bertanya kepada Said bin Jubeir tentang amalan puasa sunat pada bulan Rejab. Said menjawab: Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berbuka. Dan baginda juga selalu berbuka sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berpuasa. (riwayat Muslim)

    Imam Al-Nawawi menjelaskan: "Maksud Said bin Jubeir adalah tidak ada larangan dan galakan khas untuk melakukan puasa di bulan Rejab. Akan tetapi hukum bulan ini seperti bulan-bulan lainnya. Asal hukum puasa adalah sunat." 

    Adapun ibadah umrah, maka sunat melakukannya pada bulan Rejab. Rasulullah pernah melakukan ibadah umrah di bulan Rejab. Ibnu Sirin meriwayatkan bahawa para tokoh-tokoh ulama salaf sangat menyukai ibadah umrah di bulan Rejab.

    Selain ibadah-ibadah ini, lakukanlah ibadah-ibadah lain semampu kita. Perbanyakkanlah zikir, bacaan al-Quran dan selawat.

    Jika tidak mampu melakukan ibadah dan kebaikan, minimal yang kita mesti lakukan adalah menjauhkan diri daripada maksiat. Jangan nodai bulan yang mulia ini dengan kata-kata kesat, lucah, ghibah, makian dan lain-lain. Siapa yang meninggalkannya kerana Allah, ganjaran besar telah menunggu untuknya.

    Semoga Allah membuka hati-hati kita untuk menikmati keindahan Ramadan dengan memberinya hidayah untuk melakukan kebaikan sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.
    Read More
    Powered by Blogger.