Hari-Hari Terakhir?

Semalam habis kerja jam 11pm, sampai di rumah pulak jam 11.45pm lebih kurang la. Maklumlah rumah jauh lebih kurang 37km juga, bergantung cara pemanduan. Kalau laju cepatlah sampai, kalau saya ride lagi cepat sampai, purata 140km, tapi semalam saya cuma drive 80km sejam saja. Tidaklah laju, sudahnya lewat sampai ke rumah. Rehat-rehat sekejab. Lepas tukar baju lepak-lepak kat sofa sambil tengok tv. Tak ada pula rancangan yang menarik. Bosanlah rancangan tv sekarang. Banyak yang ulang-ulang siaran ngalahkan Astro pula.

Bosan sangat jadi saya buka buku cite hantu " Siapa Yang Menegur?" . Sambung baca. Sekarang nie susah nak habiskan apa-apa bacaan baik novel, cerpen atau majalah. Mungkin terlalu sibuk kebelakangan ini. Tapi tak apalah. Seronok juga baca buku hantu malam-malam. Baru ada rasa seram. Silap-silap ada pula yang menumpang baca kan?..mm tak pe. Kalau ada yang 'meneman' pun bagus juga. Tinggal kat rumah ni pun sunyi jugak.
Lama juga baca smpai tak sedar dah jam 12.30am. Alamak belum mandi lagi ni.

....

Hari ni saya masuk lambat ke pejabat. Sampai ke pejabat pun dah jam 2pm :) . Semalam tidur lena sangat. Letih. Letih badan letih otak. Sebenarnya saya bangun awal lebih kurang jam 5am tapi saya ni jenis yang tidur balik so jadilah 10am lepas tu ..ehehe second round. Lepas tu tidur balik? waaahhhh tak elok begitu.

Hari-hari terakhir? Siapa tahu hari terakhir untuk hidup? Esok 1 julai 2009 bersamaan 8 Rejab 1430 mungkin adalah hari-hari terakhir saya untuk bersama dengan anda. Atau mungkin hari-hari terakhir anda bersama saya, bersama keluarga, teman-teman. Siapa tahu?

Atau mungkin esok anda kena melapor diri bertugas di tempat baru?

Sebenarnya esok 1 Julai saya bertekad untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran yang sudah masuk ke semester baru. kalau boleh nak habiskan cepat. Tentang hal kerja biarlah orang lain yang buat. Rasanya tidak apa. Insyaallah.

Esok juga saya akan update blog yang telah saya buat. Maksud saya ialah saya akan edit posting-posting yang telah dibuat sebelum ini. Mungkin edit tentang isu-isu yang saya telah ambil dari laman-laman web atau blog-blog yang lain. Mungkin saya akan padam atau ubah menjadi suatu rujukan yang penting. Atau mungkin edit tentang penggunaan bahasa-bahasa yang lebih lembut dan mudah difahami. Jika ada kesalahan tatabahasa atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Insyaallah.

Dan kebetulan, hati pun tengah bosan jadi sempat lagi ambil gambar sendiri untuk diletakkan pada posting ini. Sekali tengok memang garang. Dua kali tengok pun garang jugak. Tiga kali tengok pun macam garang. Huhuhu bile nak hemsem nie..ehehe :p

Bosan stay kat opis mcm ni lah keje nyer. Time ada kerja banyak tak ade lah bosan sangat sebab ada sesuatu yang nak di buat. Tapi apa nak dikisahkan sangat sebab pejabat sendiri, lain lah kalau makan gaji dengan orang lain, sure lah kena rajin.

MM..Bila saya sebut hari-hari terakhir , saya hanya teringatkan sekeping hati yang pernah hadir dalam diri saya ini. Sekeping hati yang pernah mengembirakan saya yang kini entah di mana atau ke mana dia pergi. Sebetulnya memang dia hadir menampakkan dirinya di mata , selalu ada, tapi hatinya jauh..terlalu jauh untuk saya mencapainya seorang diri. Entahlah jika dia memahami atau sengaja untuk tidak memahami atau mempedulikan saya, saya tidaklah tahu tentangnya. Sedih.

Mungkin dirinya sudah menjadi milik orang lain. Siapa tahu? Jadi saya hanya mampu merenung dari jauh. Mungkin sudah ditakdirkan dirinya bukan menjadi milik saya.

Saya? Milik Siapa?



MILIK SI DIA LAH :P


3 comments:

BungaKU

Andai Dia Memahami..Tentu Makin Dekat Dirinya Pada KU,Aku Sedih Bila Ditinggalkan, Lebih Pilu Lagi Bila Diri Di Lupakan. Adakah Hanya Aku Yang Merasainya?

Apa Harga Diri KU?


Bunga Ku
Merana kini aku merana
kekasih tercinta entah ke mana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat untuk bercurah lagi
Di mana kini entah di mana
bunga impian yang indah di mata
kurindu tutur sapamu nan manja
sat kau berada disisi ku
Kini tinggallah ku sendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti diri mu kembali
di sini ku terus menanti
akan ku cuba untuk menanti
diri mu kekasih
Oh bunga…
di mana kini kau berada
jangan biarkan diri ku
dalam kesorangan
Oh bunga
jangan kau gores luka di dada
sungguh diri ku takkan kuasa
campak kan kenangan
oh bunga
oh bunga ku


1 comments:

Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.

Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).


Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).


Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:

“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).


Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda:
“Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).


Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.

Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.


0 comments:

Perihal Sejarah

Menonton rancangan tv semalam di rangkaian TV 1 Diluar Lingkungan bersama Syed Munawar (15.06.09) telah membuka kembali isu-isu tentang sejarah yang telah lama saya pendam selama ini. Isunya memang menarik. Tentang sejarah kita. Para panelnya terdiri Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Prof Dato Mohd Yusoff Othman dan Saudara Fahmi Reza.

Saya beri sedikit kesimpulan dari rancangan bual bicara tersebut iaitu: berlakunya suatu penulisan fakta-fakta sejarah yang pada masa yang sama sejarah tersebut ditulis atas tujuan dan kehendak ruang pemikiran kelompok tertentu. Dan dikatakan berlakunya perkara tersebut adalah untuk memupuk keamanan diantara kaum tanpa menimbulkan isu-isu sensitif dikalangan kaum.

Tentang hal ini saya memang tidak bersetuju penulisan buku teks sejarah mengikut acuan pihak tertentu dengan tujuan itu tadi. Ianya menggambarkan yang kita cuba mengawal pemikiran remaja dengan fakta-fakta sejarah yang ditulis, dan pada masa yang sama juga kita sebenarnya telah menyorok fakta yang sebenar dengan andaian-andaian kita semata. Bila perkara ini berlaku sebenarnya ia tidak menggalakkan remaja atau belia berfikir. Sudahnya lihat sahaja sekarang. Adakah matlamat penulisan sejarah yang disebutkan itu telah tercapai. Tidak pada sebenarnya. Kebanyakan remaja atau belia kita sekarang makin buta pada sejarah hasil dari tindakan tangan-tangan mereka ini. Inikah sebenarnya yang hendak mereka capai?

Bagi saya remaja sekarang eloklah didedahkan dengan fakta-fakta yang benar bermula di peringkat sekolah rendah lagi, jangan lah pula hanya bila belajar di institudi pengajian tinggi barulah perkara ini didedahkan. Tidak elok. Bagi saya seolah-olah kita menyekat otak anak-anak kita untuk berfikir, lagi pula kita telah mengajar mereka berbohong. Berbohong kan amalan Syaitan?

Bagi saya bukan perpektif baru yang diminta tetapi sejarah yang benar, maka dengan pengakuan oleh beliau (Prof Datuk Dr Ramlah Adam) menampakkan bahawa memang ada sesuatu yang tidak benar tentang sejarah Malaysia dan ada sesuatu yg cuba disembunyikan dari pengetahuan kita.

Saya bersetuju dengan kata-kata saudara Fahmi Reza bahawa memang ada sejarah yang telah digelapkan dengan tujuan tertentu atau memang sebenarnya tidak diketahui faktanya. Jadi oleh itu telah menjadi tugas kita untuk mencari kebenarannya.

Apa itu sejarah dan apa yang kita tahu tentangnya? Sejarah adalah sejarah. Ia sesuatu yang telah berlaku, maka sesuatu yang telah berlaku itu tidak boleh diubah, sama ada pahit atau manis ianya tetap dikatakan sebagai sejarah. Sejarah adalah menyatakan fakta. Sejarah bukanlah merupakan suatu penafsiran individu semata-mata. Dan jika berlaku suatu penafsiran yang berbentuk andaian maka berlakulah penyelewengan, iaitu fakta yang ditokok tambah dengan interprestasi sendiri. Jadilah ianya adalah sejarah yang diselewengkan dan pada saya sejarah yang ada sekarang adalah sejarah yang tidak benar dan perlu diperbetulkan.

Kita lihat soal konsep ketamadunan. Eropah misalnya. Eropah telah mengambil fakta-fakta dari ketamadunan Islam maka/dan mereka telah menafsirkannya dengan penafsiran baru terhadap-hadap fakta tersebut (ilmu-ilmu misalnya) yang secara tidak langsung telah mewujudkan pertembungan tamadun antara barat dan islam.
Kita tahu sejarah sains telah dipelopori oleh islam sejak awal dulu akan tetapi barat telah menciplak tamadun islam, malangnya lagi bila kita lebih mengagung-agungkan barat, tidak islam walhal kita tahu akan kebenarannya ilmu-ilmu tersebut datangnya dari mana. Jadilah ia tamadun yang direka-reka dan tidak benar. Lihat saja berapa banyak istilah-istilah yang telah kita guna pakai. Semuanya berbahasa arab yang telah di istilahkan sendiri menjadi bahasa Inggeris. Akan tetapi kita masih menjadi pengikut-pengikut yang tolol.

Pada saya ini lah yang berlaku di Malaysia. Adakah kita tidak sedar bahawa nama Malaysia sudah wujud sebelum merdeka lagi? Iaitu lebih 10 tahun sebelum merdeka? Tentulah anda tidak tahu kerana anda tidak pernah ambil peduli pun. Diri sendiri pun anda tidak ambil peduli inikan pula tentang diri orang lain dan negara anda?

Penafsiran tentang sejarah tidak akan pernah berakhir dan ianya sentiasa akan berteruan dari zaman ke zaman. Tetapi bukan penafsiran individu semata. Penafsiran yang kita kehendaki ialah kajian sejarah yang benar. Lihat begini. Hari ini ramai yang menganggap Hang Tuah sebagai orang yang bodoh dan Hang Jebat pula orang yang hebat.
Akan tetapi pada zaman dulu si Tuah adalah orang yang hebat dan si Jebat pula adalah si derhaka. Kenapa pula begitu?

Sebabnya telah berlaku penafsiran-penafsiran baru tentang tindakan-tindakan si Tuah dan si Jebat. Ia sentiasa berlaku mengikut zaman. Jadi soalnya adakah benar Tuah dan Jebat itu wujud? Maka untuk menjawab persoalan tersebut itulah perlunya pengkajian sejarah yang benar. Tentang perlakuannya itu pula itu sekadar penafsiran semata-mata. Penafsiran yang membuktikan bahawa si Tuah itu wujud oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Bagaimana jika perlakuan Tuah tidak kena pada mata kita kini? Jika kita tidak setuju dengan sikapnya yang membuta tuli mengikut telunjuk Sultan Melaka janganlah sampai kita membuat tafsiran bahawa Tuah itu tidak wujud. Itulah maksud saya. Jadi, kajilah yang Tuah dan Jebat itu benar-benar wujud. Jika dalam pengkajian tersebut membuktikan yang Tuah itu tidak wujud, maka akuilah bahawa beliau memang sebenarnya tidak wujud. Janganlah hanya kerana mahukan wujud watak hero dalam masyarakat kita maka diwujudkan juga watak si Tuah atau Jebat tersebut. Kononnya untuk menimbulkan semangat keperwiraan dalam diri maka diwujudkan pula buku Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu yang pada saya sebenarnya memang memerlukan kajian yang penuh dan terperinci tentang ketulinan isi kandungannya.

Memang sejak dari sekolah menengah lagi saya meragui akan buku-buku jenis tersebut dan pernah membuat kajian sendiri mengenainya. Dan sekarang ternyata ianya benar. Buku-buku tersebut memang boleh diragui akan kebenarannya.

Jadi harus dan perlu kita ingat bahawa kepelbagaian sebenarnya dapat memberi pemahaman yang tepat dan adakah sesuatu fakta sejarah itu adalah benar atau pun salah?

Fikir-fikirkanlah…


2 comments:

Part II Bagi Orang Yang Keliru

Berhubung dengan posting bertajuk Keliru Yang Mengelirukan dulu, saya bertanya pada diri sendiri ‘apa yang keliru dan apa pula yang mengelirukan? Sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah kita sebagai seorang manusia sering keliru tentang apa tujuan kita dijadikan atau apa makna sebenarnya kehidupan. Apa tujuan kita dijadikan? Dan kenapa kita dijadikan? Jika kita lupa pada tujuan sebenar kejadian manusia maka tentulah kita lupa apakah itu maknanya kehidupan. Saya khususkan kepada kaum Melayu sahaja. Jadi kepada kaum Melayu diluar sana jangan lah marah jika anda membaca posting kali ini kerana anda memang keliru yang mengelirukan. Saya tidak akan jelaskan maksud tujuan dan makna kehidupan tersebut..jadi, anda carilah sendiri.

Tetapi kenapa kaum Melayu? Kenapa bukan kaum Cina atau India atau kaum-kaum lain? Jawapannya..kerana saya juga kaum Melayu seperti anda. Bezanya saya dengan anda ialah saya ini jenis orang yang sedar diri, tidak seperti anda. Kenapa pula? Jawapannya lagi ialah saya ini jenis yang tidak bodoh dan boleh diajar , cerdik pula boleh diikut tidak seperti anda. Sudahlah bodoh, tidak boleh diajar pula. Cerdik pun tak berguna juga sebab cerdik pun tidak boleh diikut sebab dalam cerdik itu banyak pula bodohnya. Itulah anda. Mengaku sajalah. Sebabnya anda tiada kualiti untuk memakmurkam bumi. Amboi, sampai begitu sekali ya.. . Tentulah begitu, sebabnya adalah kerana segala kecerdikan yang ada pada anda itu langsung tidak boleh diguna pakai. Sia-sia.

Ambil contoh saya mendapat sms dari seseorang yang saya tidak kenali ( 0192315366) pada jam 2.48 petang, 15hb Jun 09 yang mesejnya berbunyi begini “ Dear u bz ke de mum “ . Cuba anda tafsirkan apa maksudnya? Ehehe saya sebenarnya tidak berapa faham apatah lagi bila mendapat mesej dari orang yang tidak dikenali. Jadi saya cubalah tafsirkan maksudnya berbunyi “ u tengah sibuk ke? Dah makan? “ eerr da mum tu demam kottt..hahaha u sibuk sampai demam ke?

Hahaha gelak sekejab :p .

Ehehe entahlah. Sebabnya mesejnya langsung tidak ada noktah atau koma dan menggunakan ringkasan perkataan. Sudahnya da mum ( sudah makan ) menjadi demam..agaknyer..ehehe. Inilah natijahnya kalau orang suka sangat ringkas-ringkas dan orang yang suka ringkas-ringkas ni sebenarnya golongan ‘chatting’ dan pemalas. Dan golongan chatting dan pemalas ini sebenarnya tidak boleh dipakai otaknya. Sebab otak segera. Dan otak segera biasanya jenis yang tidak sempurna sebab semuanya nak cepat dan kerja yang nak cepat biasanya memang tidak akan sempurna. Dan saya memang tidak akan melayan jenis orang-orang yang nak cepat ini, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenali dan tidak sempurna.

Bercakap tentang tidak sempurna teringat saya pada suatu ketika dulu, waktu remaja dulu, zaman sekolah menengah sekitar 90an. Waktu tu saya suka sangat berkhemah di dalam hutan, dan ketika itu ada kursus perhutanan di daerah di negeri Pahang. Dalam perjalanan ke tempat kursus tersebut kami melalui kawasan Felda, tapi maaflah saya tak ingat felda yang mana satu. Banyak sangat.

Kebetulan perjalanan kami terhenti di sebuah rumah kampung dan saya sempat berkenalan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang kurang upaya ( sekarang dikenalisebagai kelainan upaya) . Dia boleh mendengar tetapi bisu. Apa yang membanggakan saya ialah saya sempat di ajar olehnya cara-cara mengeja nama saya sendiri dan cara mengucapkan ‘saya sayang awak’. Ewahh  Walaupun kelainan upaya, beliau (kanak-kanak tersebut) boleh bertutur dengan caranya sendiri dengan orang lain dan mampu membuatkan orang lain faham apa kehendak dan keinginanya. Lebih menyentuh hati apabila melihat keadaan rumahnya yang tidaklah semewah orang lain, tetapi tidaklah terlalu susah. Orangya tentu tabah menghadapi liku-liku kehidupan.

Lebih menyentuh hati apabila saya sendiri telah jatuh hati padanya, maklumlah orangnya comel dan lawa. Manis pula tu. Oppss. Andaikan jika ada jodoh sudah tentu saya akan mengahwininya sekarang walaupun tahu dia tidaklah sesempurna seperti orang lain. Tetapi beliau masih mampu membuat orang faham. Dan saya masih lagi seperti teringat-ingat kisah antara saya dengannya. Cinta pertama? Entahlah. Yang penting saya masih teringat-ingat kisah tersebut. Antara dia dengan anda? Jika nak dibandingkan dengan orang sengal seperti anda yang sempurna tetapi masih tidak faham-faham cara nak berkomunikasi dengan orang lain, memang hampeh la. Dia lebih agung dan suci.

Tapi itu cerita dulu, cerita masa saya masih muda remaja..ehem-ehem teruna gitu. Cerita tentang zaman remaja yang penuh kemanisan hidup. Sekarang dah lain. Sekarang saya dah menjadi seorang belia. Tiada kemanisan hidup tetapi manisnya madu adalah. Ehehe :p .



3 comments:

Keliru Yang Mengelirukan

Hai, agak lama juga saya tak posting sesuatu dalam blog ni. Hampir seminggu lebih tanpa ada apa-apa yang menarik di sini. Itu pun jika anda rasa blog ini menarik yang pada saya blog ini biasa-biasa saja seperti blog-blog lain yang diluar sana. Hanya blog ini berbeza sebab tujuan blog ini sekadar untuk syok sendiri saja. Hanya untuk menghiburkan hati sendiri. Tiada sebab yang lain. Sebab itu isinya tiada tajuk yang tetap.

Sebenarnya saya agak sibuk kebelakangan ni dengan 'kes-kes yang tertunggak' dan kebetulan pula talian telefon terbakar lah pulak. Terbakar? Biar betul? MMM memang betul pun terbakar sebab laluan talian telefon saya kebetulan melalui kawasan pembakaran haram. Sudahnya api dalam tanah tu memanaskan talian dan terputuslah wayar telefon tuh..mm geram memang geram tapi apa nak buat? Akhirnya saya memanggil pihak yang terbabit iaitu orang yang bertanggung jawab membuang sampah dan yang telah 'terbakarkan' talian tersebut. Akhirnya bos syarikat tersebut, perempuan..Linda anak datuk tuh tauu..(aaa datuk beli kottt ehehe)..mm seksi orangnya..cairlah jugak..tapi saya tak lah cair sebagaimana api si Linda tu membakar talian telefon tu. Ehehe :p selesai sudah bila Linda sanggup membayar untuk kesemua kerosakan yang tak disengajakan tu. Tapi bakar dengan sengaja ya? ehehe aper laaa

Balik kepada kesibukan dengan 'kes-kes tertunggak' tu..banyak kerja nak buat di pejabat, al maklumlahh pejabat baru jadi banyak lah perkara-perkara yang nak dilaksanakan. Ada yang nak difailkan, ada yang nak buka fail..tutup fail, hancurkan fail pun ada. Ahaha :)
Lagi pula saya tengah mereka-reka website baru untuk pejabat guaman saya ni. Betul ke? Cadangnya nak guna flash biar cantik sikit tapi macam berat. Tapi tak apa lah. Alah bisa tegal biasa. Sikit-sikit lama-lama nanti siaplah kan? Al maklumlahh saya ni baru nak belajar buat website, sedikit merangkak tapi jimat kos dan saya boleh jadi pandai. Mana tahu selepas ini saya akan buka syarikat rekacipta pula? Reka website. Siapa tahu bukan?

Ok lah berbalik kepada tajuk Keliru Yang Mengelirukan. Kenapa keliru? Tambah pula mengelirukan bila keliru itu sendiri mengelirukan. Hahaha jangan lah begitu kawan. Jangan lah keliru. Kalau keliru janganlah baca ya, lagi pun blog ini untuk suka-suka saja. Bukan untuk sesiapa. Untuk saya sendiri saja. Untuk syok sendiri saja. Untuk saya yang sentiasa keliru. Sebabnya..tak semua perkara yang mengelirukan tu saya boleh kongsi dengan orang lain, sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Sudahnya saya akan luahkan saja dalam blog ini. Untuk diimbas kembali apa-apa yang telah berlaku, sama ada sudah menjadi sejarah atau belum semuanya saya akan imbas. Hanya untuk diri sendiri. Bukan orang lain :)

Sebab itu bila ada orang kata blog yang saya tulis ini panjang sangat untuk dibaca, jadi apa yang saya nak hairankan? Saya tak hairan sebab orang yang melayari blog saya ini memang jenis yang tidak suka membaca. Hampir kebanyakannya. Tapi tidak semua ya :). Berapa keratkan rakyat Malaysia yang suka membaca? Boleh saja dihitung dengan jari. Patutlah pengunjung Pesta Buku di PWTC baru-baru ini makin kurang jumlah pengunjungnya. Malang. Jadi saya tidak hairan jika ada yang komen blog saya ini terlalu panjang untuk dibaca. Sebab saya tidak hairan lagi kerana saya tidak perlu melayan orang-orang yang malas seperti mereka. Buat apa melayan orang-orang yang malas? Semuanya nak ringkas. Makan pun nak fast food saja kan? Chatting pun nak guna ayat-ayat yang ringkas..errr sesekali saya pun sama juga, ehe seperti sekarang. Tapi tidaklah malas seperti mereka kerana saya masih mampu menaip blog untuk diri sendiri, pandai pun diri sendiri juga kan? Sesekali puji sendiri :p

Saya boleh habiskan novel atau bahan bacaan dalam masa 24jam saja. Jadi apa nak dihairankan bila ada yang kata blog saya ini panjang? Pada saya pendek saja. Malah terlalu ringkas untuk di baca atau untuk difahami.

Lagi pula orang yang malas untuk membaca ialah orang yang malas mengenali orang lain. Malas mengenali personaliti orang lain. Sebabnya? Diri sendiri pun tak kenal macam mana nak kenal orang lain, betul tak? Sebab itu bila ada insan-insan dalam chatting yang suka tanyakan ASL -age, sex, location.. makanya lagilah saya akan malas nak melayan. Apa sudah tidak ada soalan lain yang nak disoalkah? Asyik-asyik asl..sikit-sikit asl. Belum pernah lagi saya jumpa soalan pertama dari chatter yang bertanyakan soalan.."sudah cukupkan ruang solat anda hari ini?" sebagai contoh.
Tak pernah. Langsung tak pernah. Atau sekurang-kurangnya bertanyakan " bagaimana caranya kita nak membentuk peribadi sendiri?" atau "bagaimana Malaysia terbentuk?"

Jadi apa faedahnya saya nak melayan orang-orang yang malas membaca ini untuk meringkaskan penulisan blog saya ini? Semata-mata untuk memuaskan hati orang-orang yang bodoh ini? Nanti saya juga akan jadi bodoh macam mereka. Maka sia-sialah penat lelah saya belajar dan sedang "Political Science" di UITM Shah Alam selama 4 tahun. Belum dikira "Law" lagi.

Lagi pun blog ini untuk diri saya sendiri, bukan untuk Anda opppss..bukan untuk mereka Yang Malas

Bye :p



2 comments: