26 July 2011

ILMU PENGASIH : Cara Menawar Ilmu Guna-Guna


Sebelum ni saya ada cakap pasal ilmu pengasih menggunakan ayat-ayat mantera. Sebenarnya ilmu pengasih ini ada pelbagai. Ada yang menggunakan ayat-ayat mantera dengan dampingan Jin atau ayat-ayat Al Quran.

Ilmu pengasih yang menggunakan dampingan Jin dan sebagainya ini (pada pendapat saya) juga ada pelbagai nama seperti Guna-guna,Rokok Jampi, Pengasih Ummul Fatimah, Malaikat 44 dan berbagai lagi. Saya tidak dapat menjelaskan dengan pasti kenapa nama-nama tersebut dipilih, jadi elok anda sendiri bertanya kepada yang arif.

Seperti rokok kebiasaanya menggunakan hembusan asap rokok, Malaikat 44 pula menggunakan nama malaikat dalam sebutannya, dan mungkin guna-guna apabila terkena orang yang dituju boleh digunakan untuk apa saja. Wallahualam.

Manakala yang menggunakan ayat-ayat Al Quran pula kebiasaanya tidak mempunyai nama yang khusus. Sebagai contoh lihat di bawah.

Jika anda mahu mengamalkannya, silakan. Tetapi saya tidak akan beritahu kaedah-kaedah atau tatacara untuk pengamalannya kerana tidak mahu terlibat dengan dosa jika anda mengamalkannya dengan cara atau jalan yang tidak baik. :)

Guna-Guna

Guna-guna adalah salah satu cabang ilmu pengasih. Untuk mengetahui jika seseorang itu terkena ilmu guna-guna amat mudah (pendapat saya dan 'pakcik' saya). Kebiasaannya seorang perempuan itu tiba-tiba merasa rindu teramat sangat kepada seorang lelaki sehingga tidak boleh duduk diam, serba tidak kena, tidak lena tidur dan sebagainya. Walaubagaimanapun untuk kepastian saya cadangkan anda tanyakan kepada pengamal perubatan Islam yang lain untuk lebih kefahaman dan itu adalah sebaik-baiknya.

Untuk menawar Guna-Guna boleh menggunakan pelbagai kaedah dan salah satunya kaedah seperti dibawah ini:

1.Sediakan sebuah pinggan putih
2.Berwuduk
3.Tulis asma ni “Alim, Hakim, Aziz,Rahim,Bashir,Azhim, Karim”
4.Leburkan dengan air putih
5.Minum/beri minum kepada sesiapa yang terkena Guna-Guna.

Selamat beramal.


.....err maksud aku Selamat Beramal Soleh, bukan ayat pengasih :p

13 comments:

  1. mintak dijauhkan benda2 kurafat ni..

    ReplyDelete
  2. walau bagaimana zaman berlalu pun..ilmu sebegini tetap akan wujud di amalkan oleh sebahagian manusia yang ada kepentingan...

    ReplyDelete
  3. kalau yang baik elok juga diamalkan..cume pastikan ia tidak mengunakan perantara yang lain...hehehe

    ReplyDelete
  4. green Apple&b.sungkai:betul2..harap dijauhkan,cume amalkan yg elok2 je :)

    ReplyDelete
  5. kalau pakai guna-guna ni susah nak mati nanti..huhu

    ReplyDelete
  6. Salam ustaz..

    Macam mana pula kalau ada seorang rakan saya ingin meminta sesorang ni ilmu pengasih untuk kekasih dia agar sayang kepada dia..

    Kata nya orang yg dia ingin minta tolong ni menggunakan ayat quran.. Dan meminta gambar untuk di buat dalam kaedah tertentu..

    Juga menetapkan bayaran.. Macam mana tu ustaz..? Mohon di perjelaskan..terima kasih..

    ReplyDelete
  7. @Assiddiq
    eh,sy bukan ustaz..hehe jgn salah faham.sekadar pengetahuan saya, menggunakan ayat2 Al Quran dengan kaedah yg dibenarkan,dengan tujuan yang baik serta tidak memudaratkan mmg dibolehkan.cuma bab bayaran saya tidak pasti dibenarkan atau tidak.elok ditanya pada yang lebih pakar.sy cuma org biasa saja :)
    -wallahualam-

    ReplyDelete
  8. salam,nak tanya...tulis perkataan tu guna pen ke? atau sekadar tulis tanpa dakwat? boleh perjelaskan?..terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Linas:boleh juge ditulis dgn gune minyak zafaron atau zaitun lbh baik dari dakwat biasa yg xboleh diminum.. :)

    ReplyDelete
  10. wah wah jaman dah maju pula masih pakai guna2

    ReplyDelete
  11. takut nya. mintak diajuhkan. na'uzubillah. :'(

    ReplyDelete
  12. sy nak tny ,,,sy skrg jatuh cinta dgn suami org,dan sy xpasti adakah sy tkena ilmu pengasih..sb sblum ni pun sy pernah jatuh cinta tp xde la sampai meroyan cmni..sy asyik ingt kat dia, kkadang senyum sorang diri, mlm/bngun tido lak rse bnafsu kt dia..kkadg rindu kat dia sy hampir nak jerit n menangis, rs nak kawin lari jer.maslah nye sy cuba elakkan jumpa dia sb xmau kacau hubungan dia dgn isteri..sy xmau jd pihak ketiga, mcm 2 buat agar lupakan dia, tp dah hmpir setahun xleh lupakan..adakah ini normal?? sy juga cepat jatuh cinta dgn org tp xseperti ni mean kejap2 je..asyik gilakan si dia..hbis 2 sampai bila sy nak bebas/cr jodoh baru kalu asyik igtkn dia.?

    ReplyDelete