Undang-Undang : Akta Buruh Dan Tenaga Kerja

Baru-baru ini Harith mendapat panggilan dari kawan lama, Solahuddin berkaitan penamatan kerja seorang kakitangan sebuah syarikat kereta nasional. Hal tersebut sebelumnya telah dirujuk kepada pihak kesatuan tempat individu tersebut. Apa pun panggilannya bukanlah untuk melantik untuk mewakili kesatuan atau sebagainya, cuma meminta sedikit pandangan dan buah bicara untuk tindakan selanjutnya.

Kebetulan pada tahun lepas, 20-22 Disember 2011 firma kami telah mengadakan kursus ''Kursus Pemahaman Perundangan Berkaitan Akta Buruh Dan Tenaga Kerja''. Jadi aku rasa nota dibawah ini mungkin sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang akta tersebut.

Selamat Membaca :)

................................................


Sistem Perundangan
-Antara akta terpakai adalah:
  • Akta Kerja 1955 (Akta 265)
  • Workmen's Compensation Act 1952 (Act 273)
  • Private Employment Agencies Act 1981 (Act 246)
  • Weekly Holidays Act 1950 (Act 220)
  • Children And Young Persons Employment Act 1996 (Act 350)
  • Wages Councils Act 1647 (Act 159)
  • Employment Information Act 1953 (Act 159)
  • Workers Minimum Standard Of Housing And Amenities Act 1990 (Act 446)

Ringkasan Akta Buruh 1955
  • Adalah akta yang berkuatkuasa dan mengikat semua majikan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali yang dilepaskan oleh Menteri (seksyen 2B)
  • Akta ini menetapkan antara lain tatacara
-Kontrak Perkhidmatan (Majikan dan Pekerja)
-Keutamaan, pembayaran dan potongan gaji dan elaun pekerja
-Had-had dan keistimewaan kontrak pekerja bagi wanita
-Pekerja domestik
-Hari, waktu, jam, cuti dan lain-lain bagi sesuatu pekerjaan
-Penamatan perkhidmatan/pekerja, kesan, faedah, tuntutan, hak dan lain-lain
-Dan lain-lain

Isu-Isu Penting dan Biasa
  • Kontrak/Perjanjian Perkhidmatan
-Majikan boleh membuat apa-apa perjanjian atau kontrak perkhidmatan dengan pekerjanya, dengan syarat
-Peruntukan yang lebih menguntungkan pekerja adalah lebih terpakai, jika bercanggah sama ada di bawah -Akta atau perjanjian
-Kontrak perkhidmatan tidak boleh menghalang pekerja menyertai: kesatuan pekerja dan aktivitinya
-Setiap kontrak perkhidmatan mesti bertulis dan mempunyai klausa penamatan perkhidmatan
-Tempah masa kontrak perkhidmatan:
  •   ditetapkan, tamat apabila sampai tempoh secara automatik, atau
  •   tidak ditetapkan, boleh ditamatkan mengikut perjanjian atau Akta (yang mana lebih     
  •   menguntungkan/memberi kelebihan kepada pekerja
-Tatacarapenamatan biasa perkhidmatan (minima mengikut Akta)
  memberi notis oleh majikan atau pekerja pada bila-bila masa, dengan syarat
  •   notis 4 minggu-bagi pekerja yang telah berkhidmat kurang dari 2 tahun dari tarikh notis
  •   notis 6 minggu-bagi pekerja yang telah berkhidmat lebih 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun dari tarikh notis
  •   notis 8 minggu-bagi pekerja yang telah berkhidmat lebih 5 tahun

  Pihak-pihak boleh bersetuju untuk tidak mengikut tempoh masa di atas.

-Tatacara penamatan khas perkhidmatan atas sebab-sebab (tidak dikira sebagai perlanggaran kontak atau 'misconduct)
  •   majikan berhasrat menutup perniagaan
  •   majikan menutup perniagaan di tempat/cawangan yang mana pekerja di cawangan tersebut digajikan
  •   keperluan khas mengajikan pekerja tidak lagi wujud
  •   keperluan khas mengajikan pekerja tidak lagi wujud (di tempat/cawangan)
  •   pekerja menolak menerima arahan perpindahan dan pekerja tidak pernah bersetuju dalam kontrak perhidmatannya
  •   pertukaran hak milik perniagaan

Maka pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan beri notis minima seperti yang dinyatakan di bawah Akta

-2 cara kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan tanpa notis, iaitu:
  • dengan membayar jumlah gaji bersamaan dengan tempoh notis, atau
  • perlanggaran (ketidakpatuhan) dengan niat kontrak perkhidmatan
-Pekerja boleh digantung dalam tempoh Siasatan Dalaman dibuat dengan syarat:
  • penggantungan tidak melebihi 2 minggu, dan
  • separuh jumlah gaji hendaklah dibayar
-Jika Siasatan Dalaman mendapati pekerja tidak bersalah, maka
  • baki separuh gaji yang ditahan hendaklah dibayar kembali
-Jika Siasatan Dalaman mendapati pekerja bersalah, maka
  • pekerja boleh ditamatkan tanpa notis
-Penamatan pekerja dalam keadaaan khas
  • mana-mana pekerja boleh menamatkan kontraknya jika beliau atau keluarganya atau sesiapa yang bergantung hidup dengannya, diancam apa-apa bahaya, keganasan dan penyakit, yang mana pekerja secara kontraknya beliau tidak perlu melakukannya, maka pekerja tersebut berhak menamatkan perkhidmatan tanpa  notis.
-Gaji dan Elaun
  • gaji pekerja adalah lebih utama daripada hutang syarikat atau majikan
  • tempoh gaji hendaklah dibayar tidak melebihi 7 hari daripada tarikh akhir bulan
  • tempoh gaji hendaklah tidak melebihi 1 bulan
  • dalam kes penamatan, gaji (jika tertunggak/belum dibayar) hendaklah dibayar pada hari kontrak perkhidmatan tamat
  • dalam kes penamatan tanpa notis, gaji dan pampasan (selepas ditolak apa-apa yang dibenarkan) hendaklah dibayar oleh majikan:
Pampasan mengikut tempoh notis eg 1 bulan gaji jika bekerja kurang 2 tahun dsb, hendaklah dibayar pada tarikh penamatan berkuatkuasa.

-Gaji tidak perlu dibayar, dalam tempoh atau jika, pekerja dipenjara, masa-masa perjalanan ke mahkamah dan yang bersangkutan.

Sekian Terima kasih






'JANGAN MALU UNTUK TERUS BERUSAHA''

9 comments:

  1. fuhh..pjg jugak kupasan sal akta neyh..juling2 baca sebab tak faham..hihi

    ReplyDelete
  2. sweetHonesty:hish biase jer nih.xpnjg lah sb ringkasan nota mase kursus tu je :p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Maaf! Aku keliru dgn akta pekerja dgn socso ni. Akta2 ni seolah2 ada pakej murah dgn pakej mahal. Sebagai cth, 96 aku accident masa balik dr tempat kerja, patah tangan. 3 bulan bekas majikan bayar gaji aku penuh. 2010 plak aku accident kat tempat kerja.Baru sebulan joint mata koyak kena besi , buang kanta 2 bulan lebih mc tapi diaorg bayar mc aku cuma 14 hari shj dgn alasan aku baru joint. Yg aku tau dan paham aku layak dpt cuti sakit bergaji utk 60 hari sama spt org bersalin.

    ReplyDelete
  4. Anon: cuba tanya pada pej.tenaga buruh & perkeso. & pastikan kita baca kesemua kontrak kerja kita dengan detail dan faham dengan jelas.mungkin itu blh mnjawab soalan td.

    ReplyDelete
  5. Untuk makluman, MC berbayar adalah sebanyak 14hari sahaja dalam tempoh setahun. Cuti berbayar penuh hanya layak untuk pekerja yang dimasukkan ke dalam wad (warded) sahaja, iaitu maksima 60hari.kalau MC tapi tak duduk dalam wad,hanya layak 14hari sahaja...Sila berjumpa dengan HR dulu sebelum nak hukum company kejam ke,ape ke....

    ReplyDelete
  6. naquiddin:sy setuju.sbb tu penting bg kite utk baca kontrak kerja dulu & faham betul2 apa yg terkandung

    ReplyDelete
  7. Salam. Saya ada soalan berkaitan MC atau cuti sakit. Sebelum ini kami dibenarkan pergi ke mana sahaja klinik dengan syarat klinik tersebut menerima ING kad yang diberikan pada setiap pekerja dan majikan kami menerima MC daripada klinik tersebut. Baru baru ini, majikan saya telah mengubah syarat untuk ke klinik dimana hanya klinik panel terpilih sahaja dibolehkan untuk mendapatkan rawatan dan MC. Selain daripada klinik panel yang terpilih, majikan kami tidak menerima MC yang diberikan daripada klinik bukan panel. Malah, ia akan ditolak dari cuti tahunan atau cuti awam. Untuk makluman, saya didalam industri hotel. Soalan saya, berhakkah majikan menafikan surat MC dan digantikan dengan cuti tahunan/cuti awam? Harap dapat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. raeyzar: pd pendapat sy, majikan berhak menolak MC selain daripada panel yang ditetapkan kecuali jika dlm keadaan darurat.dlm hal ni pekerja perlu memaklumkan majikan dalam masa 48jam, jika tidak dia akan dianggap sebagai ponteng.
    walaupun begitu majikan boleh dengan secara munasabah atau atas prinsip kemanusiaan menerima MC tersebut (jika dia mahu).
    untuk memudahkan saudara elok saudara teliti dahulu kontrak yg saudara tandatangan antara majikan.

    ReplyDelete
  9. saya nak tanya, waktu bekerja dalam sehari berapa jam (termasuk waktu rehat atau tidak)

    ReplyDelete