MELEPASKAN GADAIAN (DISCHARGE OF CHARGE)

, by Harith Iskandar


Definisi PROSES:-

Satu proses yang WAJIIB dibuat selepas kesemua hutang pada bank atau institusi di mana peminjam membuat pinjaman perumahan telah dilangsaikan oleh peminjam.  {Selesaikan hutang hartanah dengan bank – Buat PROSES MELEPASKAN GADAIAN}.

Dokumen yang terlibat dalam PROSES:-

Hartanah mempunyai Geran-Peguam yang dilantik akan menyediakan BORANG KANUN TANAH NEGARA 16N (Borang Melepaskan Gadaian). Selain dari borang tersebut, Borang Penukaran Nama juga mungkin terlibat sekiranya bank sudah bertukar nama. Borang-borang yang sudah disediakan akan kemudiannya di bawa ke pejabat tanah berkaitan untuk didaftar MELEPASKAN GADAIAN.

Hartanah tidak mempunyai Geran-Peguam yang dilantik akan menyediakan “DEED OF RECEIPT AND REASSIGNMENT”. Setelah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu peminjam dan bank, DRR akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk proses PEMBATALAN. Untuk hartanah jenis ini, PROSES MELEPASKAN GADAIAN tidak melibatkan pejabat tanah. Peguam perlu memberikan satu salinan DRR kepada pemaju setelah pembatalan dibuat untuk rekod mereka.

Peguam:-

Semua Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam sama ada bank panel ataupun tidak, boleh membantu anda menjalankan PROSES tersebut.

Kos Peguam:-

Bayaran guaman yang sudah pun diperuntukkan oleh peguam-peguam dalam SRO untuk PROSES tersebut adalah RM300.00 (tidak termasuk 6% GST). Perlu diingat, pasti akan ada kos tambahan contohnya bayaran carian tanah, bayaran setem ke atas dokumen-dokumen yang terlibat, bayaran pendaftaran kepada pejabat tanah/bayaran pembatalan dokumen di mahkamah dan lain-lain bayaran… 

Q & A yang selalu saya alami:-

Q- Saya sudah selesaikan hutang dengan bank kenapa perlu ada PROSES lain yang memerlukan saya mengeluarkan wang tambahan?

A- Mungkin ramai yang terlupa, apabila kita membuat pinjaman perumahan dengan bank, geran dan/atau semua dokumen Asal dipegang oleh bank dan hanya akan dilepaskan oleh bank sekiranya hutang dilangsaikan. Namun begitu, perlu diingat, di atas geran tersebut masih lagi terdapat nama bank dan sekiranya kita ingin membuat transaksi lain ke atas hartanah tersebut satu hari nanti, contohnya jual beli hartanah, pihak yang terlibat akan menyangka hartanah masih ada hutang (menimbulkan kekeliruan). Peguam kemudiannya tetap perlu menjalankan PROSES MELEPASKAN GADAIAN dan secara tidak langsung menambahkan masa proses jual beli anda. Perlu diingat, kos guaman tetap perlu dibayar dan kemungkinan besar dan bertambah mengikut peredaran masa.

Q- Adakah kamu panel kepada bank?

A- Kami bukan panel bank. Namun itu tidak menghalang kami untuk memberikan khidmat untuk PROSES MELEPASKAN GADAIAN. Semua Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam sama ada bank panel ataupun tidak, boleh membantu anda menjalankan PROSES tersebut. Terpulang kepada anda untuk memilih peguam yang cekap dan berdedikasi.

Selamat membaca.



P/S:- Petikan dari blog salsalim.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment