13 June 2012

Ayat Pengasih

Kita biasa mendengar ayat Al Quran yang bermula dengan "Qul inkuntum.." disebut sebagai ayat pengasih kerana ramai agamawan dan ilmuan menyebutnya sebagai ayat pengasih atau ayat pengerat hubungan isteri dan suami. Benarkah begitu? Bagaimana cara mengamalkan petua ini, dan adakah ianya dibenarkan dalam Islam?

Allah berfirman " Wahai orang-rang yang beriman. Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum dan kebenaran) Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Al Hujurat. 49:01

Hampir semua petua-petua yang lazim disebut-sebut para agamawan dan ilmuan tidak memiliki asal usul daripada Al Quran dan As Sunnah yang sahih. Maksudnya, Allah tidak mengajar kita untuk menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai petua dan Rasullallah juga tidak mengajar mahupun mengamalkannya sebagai petua..termasuklah 'Ayat Pengasih'.

Malah jika kita mengkaji kebanyakan ayat-ayat pengasih tersebut, kita akan dapati ianya membawa maksud yang berbeza.

Sebagai contoh, dalam surah Al Imran, 3:31 yang bermaksud.. "Jika benar kamu mengasihi Allah maka kutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Firman Allah : "Katakanlah..." ditujukan kepada Rasullallah, bererti katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu iaitu, ..."Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku". maksudnya jika kalian wahai umat Muhammad mencintai Allah, maka buktikanlah, terjemahkanlah perasaan cinta itu dengan mengikuti sunnah Rasullallah.

Apabila kita membuktikan kecintaan kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasullallah, balasannya..."nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu." Cuba tanya diri sendiri, ganjaran apakah yang lebih baik berbanding kecintaan dan keampunan daripada Allah?

Ringkasan dari atas ialah, cuba perhatikan dari sudur manakah ayat 31 surah Al Imran ini secara terus terang dapat dijadikan petua bagi mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri? Tidak Ada.

Jika ingin mengertakan hubungan suami isteri selepas bernikah kelak, caranya ialah dengan mempelajari ilmu komunikasi, ilmu perbezaan watak lelaki dan perempaun serta ilmu tanggungjawab suami isteri. Insyaallah.

3 comments: