Mimpi Ular : Mimpi Bertemu Ular

ular

Saya sendiri, seorang yang selalu sangat bermimpi, setiap malam saya bermimpi. Baru-baru ini saya sering bermimpi tentang ular. Hampir setiap malam. Kadang kala tentang ular yang mematuk, kadang kala pula tentang ular yang sangat besar atau barangkali bermimpi tentang ular yang banyak.

Semalam saya bermimpi bertemu dengan ular tedung selar yang sangat besar dan berwarna putih. Apa maksudnya?

Jadi saya cuba membelek-belek internet tentang maksud mimpi ular. Terjumpa blog Muqabalah. Ini antara kandungannya.

----------------------OOO--------------------

3 buku yang menjadi rujukan saya: 1-Takwil Mimpi Islam- terjemahan Indonesia bagi kitab Imam Ibn Sirin 2-Tafsir Mimpi Dengan al-Quran terbitan Al-Hidayah Publishers 3-تعطير الانام في تعبير المنام bagi Imam Abdul Ghani An-Nablusi.

Imam an-Nablusi menghurai belbagai ta'bir mimpi tentang ular, dengan huruf tulisan yang kecil , Imam ini menggunakan 3 helaian mukasurat. Ianya huraian yang sangat menarik. Banyak aspek yang tidak nampak dalam kehidupan kita yang membawa makna yang tertentu kepada kehidupan kita yang nampak.

Ular disebut dengan 'hayyah', thu'ban, . Ular kadangnya melambangkan musuh, bisanya melambangkan hartanya, kuasanya atau pengikutnya.ular melambangkan tipu-daya dari musuh atau teman sendiri. Kalau membunuh ular melambangkan mengalahkan musuh, Kalau ular dibunuh di market, maksudnya akan meletuskan peperangan dan kemenangan di pihak musuh. Ular juga melambangkan pemerentah yang zalim, kuat tipu dayanya, namanya terkenal. Ular hitam memaksudkan musuh yang kuat, ular putih memaksudkan musuh yang lemah. Sesiapa yang ular bercakap-cakap dengannya secara lembut akan memperolihi kegembiraan dan kebaikan dari pihak musuh yang tidak disangka oleh manusia. Kalau ular itu bengkeng, itu melambangkan garangnya pihak musuh, perbuatannya melebihi daripada perkataannya.

Sesiapa yang bermimpi membunuh ular di atas tempat tidurnya melambangkan isterinya akan meninggal. Sekiranya dia bermimpi memenggal ular kepada 3, bermaksud 3 pihak musuh kalah kepadanya; iaitu golongan berharta, golongan berkuasa dan golongan yang mempunyai pengikut.

Kalau bermimpi memakan daging ular bermaksud akan mendapat harta musuh, kalau daging yang dimasak bermaksud dari harta yang halal. Sekiranya dia bermimpi yang musuhnya bertukar menajdi ular, bermaksud musuh tersebut akan berubah-ubah keadaan sehingga menjadi musuh kepada muslimin. Sekiranya dia bermimpi rumahnya dipenuhi oleh ular, bermaksud rumahnya dipenuhi oleh musuh agama dan orang yang fasad.

Sekiranya ular menaiki tempat yang tinggi melambangkan kerihatan, kegembiraan. Sekiranya ular menyunsur ke bawah melambang penguasa negeri akan mati. Sekiranya bertemu ular yang mati melambangkan musuh dikalahkan tanpa usaha kita. Sekiranya ular berada di atas kepala melambangkan dia akan mendapat kedudukan tinggi di sisi penguasa. Huraianya begitu panjang dengan keadaan yang berbaza-beza sekali.........

Sekiranya bermimpi ular besar yang mempunyai kepala 7 melambangkan musuh yang cukup kuat, kekadang menunjukkan perpecahan pada suatu badan gabungan.

Biarkan ta'bir mimpi tinggal sebagai ta'bir kerana orang yang berbeza bermimpi mimpi yang sama mungkin memaksudkan makna yang berlainan.

2-Sekiranya ular besar mempunyai banyak kepala, ianya memang menunjukkan kekuatan. Dia boleh menyerang dan mematuk dengan mana-mana kepala yang lebih berkesan atau lebih hebat lagi sekiranya ia menyerang serentak.. Tetapi ular besar tersebut akan lemah sekiranya kepala-kepala itu mematuk sesama sendiri. Bisa yang satu akan melemahkan yang satu lagi, dan yang satu lagi mungkin sahaja bertindak balas dengan membalas patukan tersebut. Kadang-kadang lehernya akan tersimpul sesama sendiri. Aduh agak menyiksakan juga apabila ular mempunyai banyak kepala. Saya teringat kepada perselisihan kenyataan antara Datul Nazri Aziz dengan MCA tentang biasiswa JPA. atau kenyataan-kenyataan yang bercanggah antara pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

3-Ular hitam melambangkan musuh yang bahaya, musuh yang mempunyai tipu daya yang sangat licik. Dia pandai menyunsur di celah-celah akar utnuk sampai kepada matlamatnya. Ramai akan tertipu dengan ular kerana gayanya yang lembut dan bersahaja, dengan helahnya yang mempersonakan, apa lgi ianya disaluti oleh corak kulit yang menarik.

Lihatlah umpama Eskay, beliau ditugaskan untuk mencari jalan perdamaian di antara orang Melayu di Selatan Thai dengan pihak berkuasa di Bangkok. Dia telah memperolihi kepercayaan pihak pemisah Melayu, dia dibenarkan berjumpa dengan pimpinan Gerakan Pembebesan melayu dari belbagai kumpulan. Dia dimaklumkan dengan belbagai maklumat termasuk kemasukan dana melalui bank. Rupanya dia mendedahkan perkara tersebut kepada pihak Risikan Amerika, bahkan meminta agar pihak Amerika memberi perhatian kepada kemungkinan hubungan pihak pemisah Melayu dengan organisasi luar.

Apakah manafaatnya kepada perdamaian antara pihak berkuasa Bangkok dengan Gerakan Melayu Pattani dengan campur-tangan Amerika?. Amerika sepatutnya secara resmi tiada kena mengena dengan usaha damai ini. Orang Melayu Pattani sudah tentu rasa mereka di khianati, maklumat sulit mereka dihebahkan. Pihak Berkuasa Bangkok pun mungkin sangat terkilan dan marah kerana maklumat dalam negara mereka dibocorkan kepada risikan negara luar. Eskay mungkin merupakan ular hitam dalam mimpi yang ngeri.... tetapi sebagaimana mimpi, ianya akan hilang sebaik sahaja kita sedar dari tidur. Hanya bagaimana kita mahu menta'bir mimpi ular hitam yang ini?

5 comments:

  1. Hurmmmm.....pelik.....tp benar.....kalau mimpi dikejar...kemudian ulor yg same belit tgn..pastu patuk 3kali????

    ReplyDelete
  2. Karut semua ni...

    ReplyDelete
  3. mmg karut sbb tu jgn percayer kui kui

    ReplyDelete
  4. owh sy pon jnis slalu mmpi..bngon2 tdo mesti p.k blik..kdg2 rajin search mksd mmpi, tp xdelah prcye..klo mksd best suka, tp klo mksd x best mmg la x lyn. :D

    ReplyDelete
  5. kurang pahAM........xmimpi tp bru pas bunuh ular blakang umah dtemani 2eko kucing.....hmmm

    ReplyDelete