Urusan Jual Beli Tanah : Proses Selepas S&P


Sambungan dari entri URUSAN JUAL BELI TANAH

Seterusnya, semasa urusan jual beli tanah ditandatangan antara pihak pembeli dan penjual, wang deposit 10% akan diserahkan oleh pihak pembeli. Dalam urusan ini biasanya pihak yang terlibat ialah:

1.Pihak penjual
2.Pihak pembeli
3.Saksi penjual
4.Saksi pembeli

Atau jika kedua-dua pihak melantik peguam, maka urusan jual beli ini adalah antara pihak peguam masing-masing dan saksi seperti pihak pejabat tanah sebagai contohnya.


Selepas tandatangan jual beli (s&p), pihak pembeli mesti memohon pinjaman dari pihak bank jika pembelian melalui pinjaman bank. Jika secara tunai, tiada apa-apa tempoh dikenakan.

Jika dalam masa 14hari pihak pembeli gagal mendapat pinjaman bank, maka wang deposit 10 tersebut dikira hangus, atau mengikut budi bicara pihak penjual (tertakluk syarat yang ditetapkan dalam s&p yang telah ditandatangan).

Jika pinjaman diluluskan, pembeli harus melunaskan pembelian (harga) dalam tempoh 4 bulan (3+1) selepas tandatangan perjanjian s&p atau dalam masa 120hari. Dalam tempoh tersebut pihak penjual mestilah :

1.Mohon kebenaran menjual
2.Selesaikan gadaian/pinjaman dengan pihak bank jika ada
3.Selesaikan urusan kaveat jika ada
4.Selesaikan urusan guaman lain seperti sewaan dan lain-lain.

Seterusnya, baru dibuat pembayaran 90% harga belian dan pindah milik dilakukan.

Dalam proses pindah milik, ada dua dokumen yang terlibat iaitu:

1.Borang 14A , kalau tanah tersebut sudah mempunyai geran individu atas nama penjual sendiri.
2.Deed Of Assignment , kalau tanah tersebut belum dikeluarkan geran individu atas nama penjual






5 comments:

  1. terima kasih utk ilmu ni incik harith. buat masa skg xmampu lagi nak beli :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing :) bolehlah rujuk jika nk beli kan ^_^ tah bila laaa...

    ReplyDelete
  3. nak tanya admint... utk rumah kos rendah..berapa lama seseorang pemilik rumah itu di benarkan menjual balik rumah tersebut kepada next buyer?

    ReplyDelete
  4. Admint....Nak tanya, Loan bank dah lepas, tinggal nak sign SnP. Kalau saya sign SnP berapa lama wang tersebut masuk ke account penjual?
    Ada tak potensi penjual untuk tarik diri selepas dapat wang dan apakah undang2 yang boleh membantu penjual?

    ReplyDelete