Urusan Jual Beli Tanah

Semua orang akan melalui urusan jual beli, sama ada jual beli tanah, rumah, kereta, buku, malah jual beli orang pun ada tau...ehe. Tapi ramai juga yang agak kabur dengan urusan jual beli ni. Biasanya jual beli berkaitan dengan kontrak yang kita tandatangan. Dan kontrak pun ada berbagai-bagai kontrak. Jual beli buku biasanya tak memerlukan tandatangan, kecuali kalau kita beli melalui kad kredit. Jual beli orang pun tak memerlukan tandatangan, kecuali dengan berjabat tangan dan serahan duit sahaja. Huh jangan amalkan ya :/


Ok. Biasanya dalam urusan jual beli tanah biasanya kita memerlukan dokumen-dokumen berikut:-

1.Nama penuh penjual dan pembeli (mengikut kad pengenalan)
2.Nombor kad pengenalan penjual dan pembeli
3.Alamat lengkap penjual dan pembeli
4.Cara jual beli sama ada secara tunai atau pinjaman bank
   -jika secara pinjaman bank kita perlu tahu berapa lama tempoh pinjaman tersebut dan sebagainya.
5.Maklumat lengkap berkaitan tanah yang hendak kita jual, sama ada nombor geran, kedudukan tanah tersebut, pecahan tanah dan sebaginya yang berkaitan dengan tanah tersebut, termasuklah apa yang ada di atas tanah tersebut, sama ada berupa bangunan kekal atau tidak dan sebagainya, termasuk status tanah sama ada tanah pertanian atau perindustrian, freehold dan sebagainya.

Selepas semua maklumat ini ada dan lengkap barulah kita boleh buat perjanjian jual beli (s&p) sama ada melalui peguam atau sendiri. Kemudian barulah s&p tersebut ditandatangan antara pihak pembeli dan penjual dihadapan peguam atau pegawai di pejabat tanah. Termasuk bayaran (pembelian dan sebagainya)

Untuk kos jual beli biasanya tanah biasanya tidaklah mahal, kecuali jika kita melantik peguam bagi mewakili kita. Biasanya caj yang dikenakan cumalah 1% hingga 3% sahaja dan boleh dirunding. Dan peguam tersebut akan buat dari A sampailah Z. Jadi kita tak perlu bimbang tentang hal-hal yang berbangkit kemudian hari nanti. Semuanya peguam yang akan uruskan.

Berbeza jika kita beli melalui agen hartanah. Biasanya mereka akan meminta bayaran 5% dari nilai harga. Selepas dapat duit mereka akan lesap begitu sahaja. Jika berlaku konflik kepentingan mereka akan lepas tangan dan meninggalkan penjual dan pembeli untuk bertegang leher tak sudah-sudah. Ini biasanya berlaku dengan agen hartanah yang tidak sah dan tidak berlesen. Untuk agen hartanah yang berlesen biasanya mereka mempunyai peguam panel mereka sendiri dan kepentingan pelanggan mungkin terjaga dan diambil kira.


Satu perkara yang kita perlu ambil perhatian dalam urusan jual beli tanah ialah:-

1.Pastikan tanah tersebut bebas daripada hutang bank.
2.Tanah tersebut tidak mempunyai pertikaian, atau kaveat dengan mana-mana pihak. Boleh disemak di pejabat tanah.
3.Kebenaran jual beli dari kerajaan negeri, jika ada syarat sekatan.

Kalau semuanya berjalan lancar barulah kita boleh teruskan dengan urusan jual beli tanah tersebut, sama ada nak beli atau pun tidak termasuklah bayaran deposit 10% dari nilai hartanah. 

10 comments:

  1. good sharing..klu nak whatsup saja2 blh tk?haha

    ReplyDelete
  2. normiNieza: boleh,sesiapa saja pun boleh.takder masalah.talian sy beroperasi 24jam.kalau ambik/lantik lawyer lagiii bagus

    ReplyDelete
  3. really2 good sharing...helping me in my internal assessment for professional practice subject :)

    ReplyDelete
  4. jauh sangat harith nie..haha...tak dapat nak tolong cik akak..hihi

    ReplyDelete
  5. byk eh kerja lawyer sbb nak kena buat semuanya..

    ReplyDelete
  6. naoMei: mmg.lg pun lesen kat sane lain, sini lain kak

    babyComei: banyak, tp xade lah serumit mn kalau dh biase :)

    ReplyDelete
  7. salam...saya mmg xtau & kurang faham ttg prosedur jual tanah.jadi sila menasihati tips/cara nak jual tanah lot dari A-Z..TK

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanya, sekiranya saya mengetahui bahawa satu lot perumahan adalah milik kerajaan, bagaimana saya ingin membeli terus dari pihak kerajaan negeri?

    ReplyDelete
  9. Adakah anda memerlukan pinjaman? atau memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, dan jika ya, sila hubungi kami di: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

    nama:
    Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    negeri:

    ReplyDelete